♥♥♥ Fatinah Zaine ♥♥♥
Ahad, 22 Mei 2022
Alhamdulillah ❤️
Isnin, 31 Mei 2021
💙 22 Mei 2021 💜
Dear Blog,
Sebenarnya dah lama tak menaip blog pasal BIRTHDAY.
Last berterima kasih untuk ucapan BIRTHDAY
Pada 7 tahun lepas iaitu pada 2015.
Pada tahun itu kita bebas untuk pergi ke mana sahaja,
Tapi tidak pada 2 tahun ini (2020 & 2021)
Back to title
Alhamdulillah, untuk tahun 2021 ni agak special
Walaupun kita masih dalam Perintah Kawalan Pengerakkan [PKP]
Disebabkan Covid-19 .
22 Mei 2021 (Sabtu) bertambah 1 angka usia kelahiran.
Alhamdulillah di tahun 2021 masih mempunyai SAHABAT & KAWAN yang masih mengingati
hari kelahiranku .
Terima Kasih atas ucapan dan doa sempena hari kelahiranku.
Semoga kalian dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dipemudahkan segala urusan. Aamiin .
Khamis, 17 Disember 2020
Alhamdulillah
Dear Blog,
12 Disember 2017 genap 4 Tahun 6 bulan aku berkerja di Kilang Printing.
Untuk aku, satu tempoh yang agak lama selama aku berkerja. Sebab sebelum ni pun ada jugak berkerja tapi tidak lah kekal lama. Kebanyakkan berhenti sebab dapat sambung belajar.
Tapi kali ini Alhamdulillah dalam masa 4 tahun banyak yang dah belajar dan banyak bahagian yang aku dah cuba sampai satu tahap aku berada di bahagian yang tetap.
Dan dalam masa yang sama banyak perkara yang aku masih perlu belajar dan ada jugak yang perlu dibaiki.
Tapi kesimpulannya, alhamdulillah aku selasa berkerja di sini walaupun kadang2 agak stress dengan kerja tapi it's okey. Layan kan je. Sebab kita memang dah tahu cara kerja macam mana. So kita layan kan je.